Dapur gaya loft yang lebih ringkas, Clean cut (BERSIH), moden dan sedap dipandang. Ruang dapur yang ringkas ini sesuai untuk kehidupan bujang yang jarang ke dapur. Rak terbuka dipilih sebagia tempat untuk menyimpan pinggan mangkuk dan tiada kemasan kabinet dapur dipasang. Yang penting ia nampak kemas dan bersih. dibawah ini lakaran ruang dapur loft.
Wednesday, 12 December 2012
Monday, 10 December 2012
MANFAATKAN Ruang Dapur Anda Dengan Ikea
Idea ringkas meletakkan rod dan rak dinding mampu memberi perbezaan nan nyata untuk ruang dapur. Tidak kisahlah ada ruang dapur besar atau kecil, ia akan memberi kesan yang menakjubkan.
Ruang dapur tentunya menempatkan banyak pekakas memasak seperti periuk , kuali, gelas cawan dan sebagainya dan ia harus disusun secara sistematik.
Ruang dapur dinding yang sempit sekalipun jika diletakkan rak akan menampilkan perletakkan perkakas yang kemas dan tersusun.
Rak dinding juga menjadikan ruang dapur kelihatan kemas. Kabinet dan rak yang berbeza. Rempah diletakkan berdekatan dengan dapur manakala pasu dan kuali diatas rak terbuka menjadikan kerja di dapur lebih efisyen.
Di Ikea, barang-barang hiasan dalaman mudah untuk kita sesuaikan mengikut citarasa. Admin cadangkan anda membeli-belah di Ikea kerana dengan harga yang perpatutan dan lengkap untuk hiasan dalaman. Admin sertakan harga untuk ruangan dapur dahulu.
- Rak pisau magnetik RM49
- Bekas 3unit RM29
- Rak dinding RM99
- Rak rempah RM65
- Rel RM39
- Rel RM29
- Penyangkut-S RM5.90/5unit
- Rak dinding/Bekas pinggan mangkuk RM39
- Bekas sudu RM25/satu plastik
- Dulang sudu RATIONELL RM119
- Pembahagi laci RATIONELL, 14set RM99 pembahagi untuk laci dalam RATIONELL, 8set RM79
- Kotak untuk sayur RATIONELL VARIERA RM35 venir kayu
- Kotak RATIONELL VARIERA RM15 plastik
- Kotak RATIONELL VARIERA RM65 kayu birch berlakuer berwarna
- Kaninet penjuru RATIONELL dan lengkapan tarik keluar RM475 berlapisan dan keluli bersalut serbuk
Sunday, 9 December 2012
Perabot Lama Di Ruang Tamu Baru
Bagaimana ingin menyesuaikan perabot lama di ruang tamu yang baru kerana merancang untuk membina tempat duduk berkyusen jenis siap pasang dikawasan tingkap mengunjur bersama perabot lama.
Keluasan ruang tamu ini agak luas dan besar, jadi penggunaan perabot boleh ditambah agar ruang tidak ternampak terlalu lapang. Susun atur yang ditunjukkan ini adalah mengikut keperluan anda. Dan dicadangkan penambahan beberapa perhiasan dan perabot berukuran agar besar.
Thursday, 6 December 2012
Ruang Untuk Mesin Basuh Dan Pengering
Bagaimana hendak letakkan mesin basuh dan pengering di dapur yang agak sempit serta reka bentuk kabinet dapur yang bersesuaian supaya tidak tidak menganggu pergerakkan. Di sini lakaran kami pamerkan untuk ruang yang sesuai bagi mesin basuh dan pengering.
Jika ruang dapur sempit maka disyorkan supaya manfaatkan setiap inci ruang sebaik-baiknya dengan menyediakan tempat penyimpanan yang sesuai. Bina unit dasar kabinet bentuk L manakala unit gantung dipasan selari dinding.
Dicadangkan juga supaya para-para kayu/kaca yang panjang untuk menyusun gelas, bekas rempah ratus atau mangkuk kecil. Kemudian pasan pencangkuk di bawah para-para untuk mengantung senduk, cawan malahan kuali leper yang kecil(lihat lakaran).
Dihujung kabinet pula boleh dikhususkan untuk menyimpan mesin basuh dan pengering. Kabinet siap dipasang hendaklah dibina dari lantai ke siling sebagai langkah menjimatkan ruang. Jika mahu, anda juga boleh pasang bidai/tirai/tabir bagi menganti pintu bagi melindungi mseing basuh dan pengering
Monday, 3 December 2012
Moden Semasa Dengan Perabut Jati
Jika ingin suasana yang ringkas dan bergaya moden semasa, anda perlu menitikberatkan bukan sahaja mengenai perabut dan perhiasan yang minimum malahan juga reka bentuk dan warna pilihan.
Pengguna perabut kayu tidak menjadi masalah asalkan anda bijak memadankan dengan pilihan kemasan. Lakaran menunjukkan susunan ketiga-tiga ruang dalam satu kawasan yang menampakkan suasa lebih terbuka dengan susun atur lebih luas untuk mendapatkan aliran yang lebih licin dan cantik.
Di sini lakaran yang sesuai untuk susunan pada ruang yang kecil dan sempit. Anda boleh susunkan ia mengikut cita rasa anda sendiri. :)
Sunday, 2 December 2012
Idea Dekorasi Segera
5 cara idea segera dekorasi bagi ruang tamu.
tips yang simple tapi dapat beri impak yang besar kepada ruang.
#1-Ubah kedudukan perabot
Bagaimana kedudukan perabot di ruang tamu anda? Adakah anda mempunyai sofa 3+2+1 atau sofa 2+1+1? Jika anda mempunyai armchair, sudutkan kerusi tersebut 30 atau 45 darjah. Jika kedudukan asal sofa/kerusi di kiri anda, tukarkan ke kanan anda atau alihkan meja sisi ke sudut lain.
#2-Tambahkan kushion
Jika sofa anda ada dua kushion sahaja, tambahkan menjadi empat atau lima kushion.Kushion boleh bentuk berbeza atau sama. Ini bagi mewujudkan cozyness and a bit of luxurious.
#3-Letakkan sofa throw
Adakah anda mempunyai throw, skaf atau helaian kain yang cantik? Letakkannya di sofa. Anda boleh ratakannya di sofa atau sekadar gantungkannya dilengan sofa.
#4-Berikan bunga-bungaan segar
Tiada apa yang lebih indah secara semulajadi dengan memberikan ruang tamu anda dengan bunga-bungaan yang segar.
#5-Buku dan majalah sebagai aksesori dekorasi
Di rumah penuh dengan buku dan koleksi majalah? Hanya dijadikan sebagai hiasan kabinet buku sahaja. Adakah anda ingin tahu bagaimana mengunakan buku/majalah sebagai barang hiasan?
Caranya, susun rapi buku/majalah di atas meja kopi anda. Tujuannya, supaya ia boleh dijadikan topik perbualan kita dengan tetamu dan mereka boleh membacanya dahulu sementara menunggu kita berhias diri atau menyiapkan makanan.
Sebahagian buku/majalah tersebut boleh dijadikan alas pasu bunga atau aksesori dekorasi lain. Buku yang dijadikan alas perlulah yang jarang kita baca. Kalau tidak sikit-sikit mahu alih buku dan aksesori tersebut.
Thursday, 29 November 2012
Tentang Kami
Assalamualaikum kepada rakan-rakan dan teman sekalian. Kami admin di Hiasan Kaca. Merupakan satu blog tentang bagaimana anda ingin mencari maklumat atau idea tentang hiasan rumah lebih sinonim dengan hiasan dalaman.
Kami akan cuba untuk menghasilkan idea dan akan berkongsi dengan anda semua. Dan kami akan menerangkan tentang untuk memilih tema warna yang sesuai untuk anda suaikan sekiranya anda ingin memilih warna cat yang sesuai untuk rumah anda.
Ramai permintaan dari rakan-rakan kepada admin untuk olahkan lebih lanjut selain dari berjumpa dengan admin mereka meminta admin memudahkan mereka melalui blog ini. Admin akan cuba sedaya upaya untuk update blog Admin pada setiap minggu.
Kami dari Hiasan Kaca mengalu-alukan kedatangan anda ke blog kami. Terima kasih kerana menyokong kami dan sudi menjenguk Blog kami yang tidaklah sehebat mana. Hanya sebagai tempat Admin berkongsi Idea bersama anda semua. =)
Subscribe to:
Posts (Atom)